SESI LIBAT URUS USM BERSAMA JDN & MPC DI BAWAH INISIATIF AOP
Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program sesi libat urus bersama Jabatan Digital Negara (JDN) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah inisiatif Administrative Outreach Programme (AOP).
Program yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh 21 staf Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) serta pelaksana seluruh kampus. Sesi libat urus ini disambut baik oleh pihak JDN yang diketuai oleh Puan Zuraidah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Kerajaan Digital dan bagi pihak MPC diketuai oleh Dr. Halimahton Saadiah Let, Pengarah, Seksyen Pengurusan Moden & Teknologi.
Secara umumnya, antara tujuan sesi ini diadakan adalah bagi eksplorasi minda dalam aspek digitalisasi tadbir urus, pembangunan dan adaptasi kecerdasan buatan (AI) pada peringkat kerajaan bagi peningkatan kecekapan proses kerja dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Pelbagai ilmu dan kemahiran telah dikongsikan oleh JDN dan MPC antaranya berkaitan teknologi kecerdasan buatan yang telah dibangunkan bagi peningkatan kecekapan proses kerja, penjimatan kos dan proses pembuatan keputusan berasaskan analitik data.
Sesi libat urus ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Universiti yang unggul.