Pusat Transformasi Insan Kampus Kesihatan menganjurkan Program Kompetensi Teras Penyampaian Perkhidmatan yang telah diadakan pada 1-2 Oktober 2024 yang melibatkan 137 org staf kategori Pelaksana.
Program ini bukan sahaja bertujuan memantapkan pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan staf dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Selain juga mengasah minda dan keupayaan peserta supaya bersedia untuk berubah mengikut arus perubahan zaman teknologi dalam menyampaikan perkhidmatan yang berstandard tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan dan memberikan mereka pengalaman yang terbaik.
Program ini disampaikan Profesor Dr. Zafarina Zainuddin, Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABRC) dan Profesor Azizah Omar dari Pusat Pengajian Pengurusan dan dibantu oleh barisan fasilator yang terdiri daripada En. Hisham B. Abd Razak, En. Mohd Nur Badri Bin Mohd Nazli, En. Prabu A/L Mogan, Ts. Zaiyana Bt Mohamed Hussain dan Pn. Norshahieda Bt Mohamed Nor.
Di antara kandungan kursus ini adalah mengajar staf pelbagai kemahiran yang berguna seperti empati terhadap emosi pelanggan dan kehendak mereka. Selain itu keupayaan untuk mengurus situasi yang tertekan dan menyelesaikan masalah pelanggan juga diberi pendedahan agar ia menjadi keutamaan dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Staf juga diberi tunjuk ajar supaya ada keupayaan untuk mendengar kehendak pelanggan dan mengamalkan komunikasi berkesan agar pelanggan mendapat layanan yang terbaik.
Secara keseluruhan peserta-peserta mendapat input yang sangat berguna dan diharap dapat diamalkan di lapangan tugas di jabatan masing-masing agar perkhidmatan Universiti Sains Malaysia secara amnya dapat ditingkatkan ke peringkat yang lebih cemerlang.