Skip to main content

Login Form

KAMUS KOMPETENSI ICT: REVOLUSI PERTAMA DI UNIVERSITI AWAM

29 Julai 2024 – Pusat Transformasi Insan (PTI) mencipta sejarah dengan membangunkan Kamus Kompetensi ICT. Ini merupakan revolusi dalam penerbitan Kamus Kompetensi yang berfokuskan kepada bidang ICT dan ianya merupakan penerbitan pertama dalam kalangan Universiti Awam.

Pembangunan Kamus Kompentensi ini turut melibatkan 27 pegawai daripada Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) yang telah menyumbangkan idea dan merangka perancangan latihan mengikut 'roadmap' dan gred perjawatan.



Inisiatif ini bukan hanya menyokong ‘roadmap’ latihan ICT namun telah memperkenalkan bidang Artifical Intelligence (AI) sebagai bidang baharu dalam kompetensi ICT. Kamus ICT akan diterbitkan pada bulan Oktober 2024 yang akan dijadikan sebagai sumber rujukan Universiti Awam dan tenaga pengajar profesional ICT USM.