GENERATIVE AI : BANTU PENSYARAH HASILKAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN YANG KREATIF & INOVATIF
24 JUN 2024 – Selari dengan Agenda MyDIGITAL dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, Pusat Transformasi Insan (PTi), telah menganjurkan PROGRAM CREATIVE TEACHING AND ASSESSMENT WITH GENERATIVE AI: STRATEGIES for EDUCATORS yang telah disampaikan oleh Ts. Dr. Tazli Azizan, bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II. Beliau merupakan pengasas Skolar Malaysia serta individu pertama di Malaysia yang telah menerima pengiktirafan kepakaran sebagai 'Canva Expert'. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Brunei Darussalam.
Program telah dijalankan sebanyak 2 siri yang telah diadakan pada 24 dan 25 Jun melibatkan penyertaan lebih 120 peserta yang terdiri daripada staf akademik dari Kampus Induk dan Kejuruteraan.
Peserta telah dilatih untuk menyediakan kandungan pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi AI serta kepelbagaian strategi kaedah penilaian pelajar yang efektif untuk digunapakai dan diaplikasi oleh 'Modern Educators".
Peserta telah memberi input yang positif terhadap kandungan program dan mencadangkan program ini diteruskan lagi dengan siri yang akan datang.