Skip to main content

PENGKAYAAN BAKAT MELALUI ADMINISTRATIVE OUTREACH PROGRAM (AOP)

Main

13 JUN 25 - Pusat Transformasi Insan (PTi), Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited dalam membina barisan pelapis pentadbiran yang dinamik dan berkualiti melalui pelaksanaan Administrative Outreach Program (AOP). Program ini merupakan salah satu inisiatif yang diberikan oleh Universiti kepada staf pentadbiran (Pengurusan & Professional dan Pelaksana) dalam tempoh tertentu untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan tentang perkembangan dan kemajuan terkini pentadbiran atau bidang yang bersangkutan dengan tugas hakiki staf terlibat. Bidang fokus utama AOP adalah peningkatan penyampaian perkhidmatan yang merupakan salah satu Kompetensi Teras Universiti.


Prosedur sunat di Rumah Sunat Arrahman, Kota Tangerang, Indonesia

Pada tahun ini, PTi telah meluluskan lima (5) permohonan yang telah berjaya melepasi tapisan temuduga oleh Panel Penilaian AOP. Penilaian dibuat berdasarkan bidang fokus yang memberikan impak kepada pusat tanggungjawab dan universiti .


Peserta AOP dalam bidang Advanced Circumcision Training Course di Rumah Sunat Arrahman, Kota Tangerang, Indonesia

Antara objektif utama AOP adalah untuk membentuk staf berprestasi tinggi, bermotivasi dan berfikiran strategik melalui pendekatan penyelesaian masalah, pembangunan bakat berstruktur dan perkongsian ilmu bersama komuniti. Dengan sokongan padu pihak pengurusan dan jabatan terlibat, PTi percaya bahawa pelaksanaan AOP ini akan terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan pemimpin pentadbiran masa depan yang berkaliber dan berintegriti.