Skip to main content

MINDA POSITIF, KERJA PROAKTIF

Main

29 APRIL 25 - Minda Positif , Kerja Proaktif adalah program yang baharu direka bentuk oleh En. Muhamad Nabil B. Che Musa, Pegawai Psikologi daripada Unit Pentadbiran ,Perhubungan dan Kesejahteraan Staf Kaunseling merangkumi 3 komponen utama iaitu Kognitif, Emosi dan Tingkah laku. Kebolehan mengurus ketiga-tiga komponen tersebut dengan baik dapat mewujudkan kesejahteraan psikologi yang holistik.

Kursus ini telah dihadiri oleh staf seramai 45 terdiri daripada pelbagai skim dan jawatan. Peserta diberi pengetahuan tentang bagaimana cara untuk menguruskan gaya berfikir yang rasional melalui Model A-B-C supaya dapat melahirkan satu tindakan yang proaktif khusus di tempat kerja.

Berpandukan kepada Teori Rasional Emotif Tingkah laku (REBT), program ini bertujuan membantu peserta menguruskan cara berfikir, mewujudkan alternatif dalam berfikir dan memilih tindakan rasional. Kursus ini disampaikan dalam bentuk ceramah interaktif dan juga aktiviti berkumpulan yang menarik peserta supaya lebih berkesan penyampaian kandungan kursus.

Di akhirnya, melalui kursus ini, peserta dapat membuat penilaian kendiri berkenaan gaya berfikir masing-masing dan di beri panduan untuk mengaplikasikan beberapa teknik dan strategi menguruskan gaya berfikir dan menjadi proaktif.