Skip to main content
Admin Login

PENYELIAAN EFEKTIF MANTAPKAN KOMPETENSI KEPIMPINAN PENYELIA

Main

6 MEI 25 - Program Pensijilan Profesional (CTP) Penyeliaan Efektif merupakan program berstruktur yang telah dibangunkan khas kepada staf yang telah dinaikkan pangkat bagi memantapkan kompetensi penyeliaan.



Pada tahun ini sebanyak 3 siri program telah dijalankan melibatkan penyertaan 207 yang terdiri daripada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana yang telah dinaikkan pangkat pada tahun 2022 sehingga 2024 di Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan.

 



Antara objektif utama program adalah bagi memantap dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam bidang penyeliaan yang merangkumi aspek komunikasi, pengurusan sumber manusia, penilaian prestasi dan tatatertib staf. Kemahiran ini amat penting dalam memastikan peranan penyelia dalam aspek penetapan sasaran kerja tahunan, penasihatan dan penilaian prestasi dapat dilaksanakan dengan efektif.