Skip to main content
Admin Login

COMMUNICATION MASTERY: SERLAHKAN POTENSI DIRI UNTUK IMPAK MAKSIMUM

Main

9 JULAI 2025 – Bagaimana komunikasi anda mempengaruhi impak kerja harian? Jawapannya terungkap dalam program "Communication Mastery: Boost Your Inner Potential for Impact" anjuran Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar USM, yang telah berlangsung secara bersemuka bersama Tuan Haji Shahril Sarapudin, Penceramah Utama dari IKON Academy.

Dengan gaya penyampaian penuh karisma, Tuan Haji Shahril membimbing peserta meneroka kekuatan komunikasi interpersonal dalam mencipta impak positif terhadap perkhidmatan organisasi. Peserta bukan sahaja diasah dari segi teori, malah turut diberikan amalan komunikasi praktikal termasuk seni pukauan bahasa, penulisan teks berpengaruh serta strategi menambat hati secara berkesan.

Program ini menekankan bahawa komunikasi bukan sekadar penyampaian mesej, tetapi satu seni yang berperanan dalam mempengaruhi, membina hubungan serta membentuk kepercayaan, menjadikannya antara kemahiran terpenting dalam persekitaran kerja masa kini.