KOMUNIKASI PROFESIONAL: TANGANI GUGUP, TINGKAT KEYAKINAN

3 JULAI 2025 – Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar USM tampil menganjurkan program “Gugup? Rahsia Hebat & Yakin Berbicara” yang dikendalikan oleh personaliti komunikasi tersohor, Tuan Haji Badul Sani atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Badr.
Dengan gaya penyampaian yang bertenaga, Abang Bad berjaya memukau peserta melalui perkongsian strategi dan teknik berkomunikasi yang berkesan dan penuh meyakinkan. Program ini bukan sekadar teori, tetapi turut menekankan aspek praktikal bagaimana untuk mengawal rasa gugup, mengurus emosi dan menyampaikan mesej dengan jelas dalam konteks kerja profesional.
Peserta turut didedahkan dengan teknik membina keyakinan diri dan komunikasi berpengaruh yang mampu membentuk persepsi serta keputusan organisasi, sekaligus memberi inspirasi luar biasa kepada warga USM.