PROGRAM GIVE 100%: MEMBENTUK BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI

9 Oktober 2024 – Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM telah menganjurkan Program Give 100% : Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Program ini melibatkan 45 orang peserta di Kampus Kesihatan terdiri daripada staf Pengurusan & Profesional (P&P) dan staf pelaksana.
Program ini telah disampaikan oleh Encik Zukernain Wook dari Innotech Excel Consulting bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam kerjaya dan seterusnya mencipta pendekatan-pendekatan yang efektif untuk memastikan diri masing-masing berada pada tahap prestasi yang terbaik untuk terus membawa organisasi bergerak maju dimasa hadapan.