Skip to main content

RAHSIA PUASA: SIHAT BERKAT DAN KEKAL PRODUKTIF

27 Ogos 2024 – USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Mac 2025 - Puasa Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang menrangkumi pelbagai aspek iaitu kerohanian, sosial dan fizikal untuk dicapai oleh setiap hamba Allah S.W.T. Berpuasa bukanlah penghalang untuk terus aktif dan produktif dalam kehidupan seharian, sebaliknya peluang untuk melatih disiplin diri, meningkatkan kesabaran serta memperbaiki pengurusan masa bagi setiap individu.

Keadaan letih dan tidak bermaya sering berlaku dalam kalangan staf khususnya pada bulan Ramadan sehingga boleh menjejaskan kualiti dan prestasi harian. Sebagai langkah untuk membantu staf USM, Pusat Transformasi Insan (PTi) Kampus Kesihatan USM telah membawakan penceramah selebriti YBrs. Ustaz Nabil bin Ahmad untuk mengupas isu yang bertajuk “Rahsia Puasa: Sihat Berkat Dan Kekal Positif”. Seramai 3,143 peserta daripada keseluruhan kampus USM telah mengikuti program ini yang bersiaran secara langsung melalui aplikasi Webex Live serta Facebook Live pada 6 Mac 2025 yang lalu. Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Nabil mengupas lebih lanjut tentang cara yang betul untuk menjaga kesihatan agar kekal bertenaga sepanjang bulan mulia ini.

Secara tidak langsung bulan Ramadan juga menjadi bulan transformasi secara holistik iaitu merangkumi jiwa yang lebih bersih, hati yang lebih peka dan tubuh yang lebih sihat kesan dari kemuliaan dan keberkatan bulan yang mulia ini. Seramai 3,143 peserta daripada keseluruhan kampus USM yang menyertai program nilai pada kali ini.