Skip to main content

KEIKHLASAN : KUNCI KESEIMBANGAN HIDUP & KERJAYA

25 Mac 2025 – Keikhlasan bukan sahaja mencerminkan integriti, tetapi juga menjadi teras kepada keharmonian antara kehidupan peribadi dan profesional. Program “Ikhlas Dalam Pekerjaan: Kunci Keseimbangan Kerjaya" telah dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar sebagai satu ruang refleksi untuk warga staf menilai semula makna sebenar tugasan, bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, tetapi menyemai nilai amanah, dedikasi dan integriti dalam setiap tindakan.

Program yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan motivator dan ustaz selebriti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga USM memahami prinsip ikhlas dalam pekerjaan sebagai asas kepada kerjaya yang beretika dan berintegriti.

Diharapkan dengan pendekatan dan perkongsian tips dan teknik berkesan dalam mengurus keseimbangan kerja dan kehidupan ini dapat mendorang staf memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta melonjakkan peningkatan kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan