Skip to main content

WARGA CEMERLANG,
PERKHIDMATAN GEMILANG

27 Februari 2025 – Pusat Transformasi Insan (PTi) terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi melonjakkan kuali penyampaian perkhidamatan warga universiti dengan menganjurkan program TINGKAT PRODUKTIVITI DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN - HIDUP HEBAT, KERJA MANTAP.

Program yang berlangsung secara dalam talian ini telah disampaikan oleh pakar motivasi terkemuka Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Prof. (Adjung) Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamdah (DMFK).

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan efisiensi dalam penyampaian perkhidmatan melalui peningkatan produktiviti individu dan pasukan. Program ini juga bertujuan bagi memperkasa peserta dengan kemahiran pengurusan masa, strategi pengoptimuman prestasi, serta motivasi dalam mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan profesional. Diharapkan dengan pendekatan dan perkongsian tips dan teknik berkesan dalam mengurus keseimbangan kerja dan kehidupan ini dapat mendorang staf memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta melonjakkan peningkatan kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan.