HARI KANSER SEDUNIA : LINDUNGI DIRI, SAYANGI KELUARGA

4 Februari 2025 - Bersempena Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program KESEDARAN KANSER – LINDUNGI DIRI, SAYANGI KELUARGA.
Program yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nu’man Abd Rahman, Penolong Pengurus Program Majlis Kanser Nasional ini telah mendapat sambutan hebat daripada warga universiti dengan jumlah penyertaan melebihi 1,000 warga universiti.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga universiti mengenai faktor risiko, tanda awal dan pencegahan kanser. Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan memberi sokongan kepada keluarga pesakit dalam menghadapi cabaran emosi dan fizikal, serta memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan untuk mengenal tanda-tanda kanser, seterusnya meningkatkan peluang untuk rawatan awal dan pemulihan.