Skip to main content

BANGKIT 2025: MEMBAKAR SEMANGAT WARGA USM

14 Januari 2025 – Menjelang tahun baru 2025, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program BANGKIT 2025 : CIPTA IMPIAN, CAPAI KEJAYAAN. Program BANGKIT 2025 bukan sekadar program motivasi, tetapi satu seruan untuk perubahan dan bertindak bagi mencapai kecemerlangan.

Program yang berlangsung selama 2 jam ini berjaya menyuntik semangat dan motivasi kepada semua warga Universiti Sains Malaysia (USM). Dengan bimbingan Tuan Haji Badul Sani, atau lebih dikenali sebagai Abang Bad, seorang penceramah yang berpengalaman dan berkaliber, program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada setiap staf agar mereka dapat mengubah mindset dan membentuk semangat juang yang tinggi dalam menetapkan matlamat yang jelas, realistik dan berimpak tinggi ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Dengan gaya penyampaian yang penuh bersemangat dan penuh emosi, Abang Bad berjaya memberikan panduan praktikal dalam menghadapi cabaran hidup, sekaligus membuka minda warga USM untuk mengejar impian pada tahun 2025.