Skip to main content

MENERAJUI SDG: PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGA UNIVERSITI

27 Ogos 2024 – Matlamat SDG meliputi pelbagai aspek pembangunan, termasuk ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Setiap matlamat disokong oleh sasaran yang lebih spesifik dan indikator untuk mengukur kemajuan. Dalam usaha untuk menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), peranan warga universiti perlu dilibatsama di dalam usaha untuk mencapai matlamat ini.

Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Kelestarian dan SDG: Peranan & Tanggungjawab kepada warga Universiti bertempat di Bilik Seminar, Pusat Transformasi Insan.

Program yang dilaksanakan secara tahunan ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd, Pengarah, Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender yang juga merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Program ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran warga universiti serta menggalakkan penglibatan aktif yang menyokong pencapaian SDG melalui amalan pengurusan yang beretika dan lestari dengan memfokuskan kepada aspek persekitaran bagi membina komuniti yang lebih bertanggungjawab dan peka terhadap isu global.