Skip to main content

LEVEL UP YOUR RESOURCE MANAGEMENT: INSIGHT & STRATEGIES

01 OKTOBER 2024 – Selaras dengan Agenda Pemerkasaan USM sebagai sebuah Universiti yang bertaraf APEX, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan program pembangunan bakat yang berfokuskan kepada pengurusan sumber efektif iaitu program Level Up Your Resource Management : Insight & Strategies bagi staf Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) gred 48 hingga 52.

Program ini disampaikan oleh penceramah yang telah dijemput khas dari Pusat Pengajian Pengurusan yang diketuai oleh Prof. Dr. Noor Hazlina Ahmad (Dekan), Prof. Dr. Hasliza Abdul Halim, Prof. Madya Dr. Abdul Hadi Zulkafli dan Dr. Muhammad Shabir Shaharudin.

Selain berkongsi pengalaman dalam menguruskan sumber di Pusat Pengajian Pengurusan, para penceramah juga berkongsi strategi dalam memastikan pengurusan dan penggunaan sumber secara optimum merangkumi aspek pengurusan maklumat & data, sumber manusia dan kewangan. Sumber ini perlu dikuasai oleh pentadbir bagi tadbir urus yang cekap dan berkesan.

Antara modul yang menarik minat peserta adalah teknik aplikasi sistem Power BI yang mengajar peserta bagaimana menghasilkan dashboard sebagai medium pelaporan dan pemantauan sumber data secara real time data yang efektif, tepat dan cepat. Secara tidak langsung ianya dapat menonjolkan kredibiliti pentadbir yang professional.