Skip to main content

78 PEGAWAI DAN 401 PEMANDU DIBERIKAN PENSIJILAN PENGURUSAN KENDERAAN UNIVERSITI

9 - 24 OKTOBER 2024 – Pusat Transformasi Insan (PTi) buat pertama kalinya telah memperkenalkan Credential Training Programme (CTP): Pengurusan Kenderaan Universiti kepada 78 pegawai dan 401 pemandu kenderaan Universiti. Program ini adalah bertujuan bagi memantapkan kompetensi pegawai dan pemandu dalam aspek pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan kenderaan Universiti.

Kohort pertama melibatkan seramai 90 orang peserta yang telah dijalankan sebanyak 3 Siri di Kampus Induk. Manakala tujuh (7) siri selebihnya akan dijalankan pada tahun 2025 yang akan melibatkan Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan.

Program Latihan ini mengandungi 4 modul utama iaitu modul dasar, governan & tatacara pengurusan kenderaan universiti, pengurusan risiko kenderaan, pengurusan tempahan, penyelenggaraan & pelupusan dan keselamatan dan kesihatan pemanduan. Kesemua modul ini disampaikan oleh penceramah dalaman iaitu Jabatan Pembangunan dan Fasiliti, Jabatan Bendahari, Unit Audit Dalam dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.