Skip to main content

Login Form

tangani tingkah laku rakan sekerja yang mencabar melalui teknik EQ & NLP

17 JULAI 2024 – Setiap organisasi mempunyai staf yang berbeza personaliti dalam aspek tingkah laku, sikap dan tabiat. Kepelbagaian personaliti ini memberi cabaran kepada individu dalam memastikan pengurusan sumber manusia yang terbaik dan harmoni.

Program The Art of Embracing Challenging Behaviours yang telah dianjurkan oleh PTi merupakan usaha yang diambil untuk meningkatkan kompetensi staf dalam aspek kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YM Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II.



Program ini telah dihadiri oleh 70 staf Pelaksana Gred 29 dan ke atas dari Kampus Induk dan Kejuruteraan. YM Datuk Dr. Tengku Naufal berkongsi teknik psikologi dalam menangani dan menguruskan karakter manusia dalam pelbagai situasi. Beliau turut memperkenalkan prinsip People Management dalam mengurus dan menangani konflik menggunakan teknik Emotional Intelligence (EQ) and Neuro Linguistic Programme (NLP).